Tuesday, February 17, 2009

Mari belajar Bahasa Hindi

Jauh perjalanan banyaklah pengalaman...begitulah perumpamaannya. Hampir setengah bulan menyepi dari blog ini kerana sedikit sibuk dengan tugasan harian, apa kata kali ini saya cuba membawa anda semua sama-sama belajar sedikit bahasa Hindi yang menjadi bahasa nombor satu di sini. Tidaklah kekok nanti kalau anda seorang peminat fanatik filem Hindustan kat Malaysia sana. Petang tadi saya telah berkesempatan mempelajari bagaimana mengira nombor satu sehingga 14 daripada seorang teman "tauke sayur" kaki lima di Pasar Surat.

Terima kasih kepada Asif Bai(gambar diatas), seorang Gujarati pewaris kepada peniagaan runcit keluarganya kerana meluangkan sedikit masa. Pemuda ini baru berusia 19 tahun dan petah berbahasa Inggeris. Sambil-sambil mengajar saya tu, dia asyik meludah-ludahkan tembakau dia, katanya dia sudah pun terlalu"addicted", tambahannya dia telah pun mempelajari memakan tembakau ini sejak dari kecil lagi kerana bagi mereka memakan tembakau boleh menceriakan hidup mereka. Lucukan...hehehehhhh. Ayoh kita mulakan mengira.......
Satu = Aak
Dua = Duo
Tiga = Teen
Empat = Chaar
Lima = Paach

Cuba anda semua teka apa binatang(gambar diatas) ini? Mungkin di Malaysia anda mungkin jarang-jarang menjumpai binatang ini. Inilah dia "dacing penimbang" yang masih digunakan disini walaupun di Supermarket mahupun kedai runcit. Anehkan dunia sudah moden tapi mereka lebih suka menggunakan penimbang keramat mereka ini(mungkin senang menipu customers kot...hehehehhhh). Ayoh kita sambung lagi.....
Enam = Chaa
Tujuh = Sattah
Lapan = Aath
Sembilan = Nov
Sepuluh = Dus

Sedikit infor berkenaan dengan penimbang keramat ini, yang disebelah kiri itu adalah tempat meletakkan barang yang dibeli dan yang disebelah kanan itu adalah batu pemberat yang bermula dari 10 grams yang paling ringan, 25 grams, 50 grams, 100grams, 250grams, 1/5kg dan paling berat 1kg. Anda tahu menggunakannya? Kalau anda peminat parti BN tentu anda mahir menggunakannya. Mari kita teruskan lagi mempelajari bahasa dia.
Sebelas = Aigerah
Dubelas = Barah
Tigabelas = Terah
Empatbelas = Chouda
15, 16, 17, 18.....to be continued next episod...

So lain episod saya akan cuba membawa anda semua untuk mempelajari apa mereka kata dalam bahasa Hindi untuk sayur-sayuran dan buah-buahan pulak. Kalau pasal "jalan-jalan cari makan" kat sini itu mungkin jauh sama sekali. Maksud saya tidak ada yang special pasal semua mahluk yang digelarkan manusia disini adalah "vegetarian". Boleh kah anda bayangkan bagaimana anda hidup dengan memakan sayur-sayuran sahaja untuk 3 bulan? So bagi saya tak ada yang special melainkan yang ada sini hanyalah "capati", "roti", "balaji", "poha", "samosa", etc....hmmmmmmmm

So saya tinggalkan anda disini dengan satu persoalanan(sila jawa dalam hati anda ye)
1. APAKAH PEKERJAAN MAMAT DI DALAM GAMBAR DIATAS?
2. APAKAH BENDA YANG SEDANG DITARIK DAN DITOLAK OLEH MAMAT INI?
Clue nya...takleh le bagi!
See you all, have a wonderful day!

2 comments:

Anonymous said...

hye..nun dengah? bah sayu lan-lan nah ikam deng belajen dahun hindi nan. ja sik ikam deng katuk kamek aleng em jam ni. save budget g kelas bahasa kan? anyway nice story there.

Anonymous said...

hheheheehhhhh saje nak dibuatkan citer...tak tahu apa nak ditulis sgt lg pun time limited!