Aduh letihnya. Baru sahaja balik dari "shopping" sayur-sayuran, sakitnya belakang bersempit dengan minah keling itu tadi. Bau pun harum semacam, harum semerbak kari, bukan main kaw lagi bau dia mengalahkan bau tengek! Oops sory...saje buat citer supaya kelakar dan menarik sikit.
Inilah kenderaan(gambar diatas) yang saya gunakan untuk ke pasar sebentar tadi. Orang tempatan panggil dia"auto" ataupun "richa". Dia mirip "scooter" tetapi beroda 3. Dia datang siap dengan reverse gear, beratap dan tempat duduk belakangnya boleh muat untuk 3 orang dengan seorang driver didepan. Walaupun dari luarannya kecil namun kekadang kelihatan 3 orang termasuk driver duduk di hadapan dan 5 orang dibelakang. "Auto" ini buatan tempatan sahaja iaitu "Bajaj".
Inilah dia sayur dan buah-buahan yang saya telah beli dari pasar Surat tadi. Saya belikan seikat pisang, 2 biji terung, 4 biji tomato, 8 biji telur ayam, 2 biji cili "apple", 2 biji potato, sebiji kobis, seikat daun ketumbar dan seikat daun sup. Percaya atau tidak harganya hanya Rp39.00(RM2.95). Murah kan? Cuba anda nyatakan pada saya di mana anda boleh mencari tempat membeli sayur-sayuran atau pun buah-buahan semurah ini lagi di muka bumi ini?
Tapi ada satu perkara yang memungkin anda kurang senang kalau duduk di sini ialah hidup tanpa memakan daging seperti ayam, lembu, ikan etc kerana adalah satu perkara yang pelik malah menyiksakan anda jikalau tidak memakan "non vege" itu biar pun sehari(betul tak?) Apa tidaknya bayangkanlah sehingga setengah tahun anda tidak menjamah makanan yang anda idamkan. Tidak ke maut jadinya? Memang sukar untuk percaya tetapi inilah hakikatnya, mana tidaknya hampir semua orang di sini adalah "vegetarian". Malah anda tidak akan percaya sebab anda boleh melihat lembu, babi, ayam, kambing dan lain-lain binatang berkeliaran dengan sewenang-wenangnya sehingga di tengah-tengah bandaraya pun ada, tetapi itu bukanlah satu jaminan untuk anda untuk menjadikan mereka sebagai santapan anda "lunch" atau pun "dinner" nanti. Lebih dashyat lagi dari bungkusan makanan ringan sekecil "snack" sehinggalah sebesar papan tanda/iklan "warung makan" atau pun "restauran" itu semuanya diletakkan logo "Pure Vege". Nak tahu apa logonya? Senang sahaja...ingat logo parti PAS di Malaysia tu begitulah sebiji logo dia! Segiempat putih dan di dalamnya bulatan hijau warna parti PAS. Cuma bezanya di Malaysia penyokong parti PAS semuanya "non vege" ya tak?!
Klah wa cau dulu...
Rodgers Has Big Plans For Jordon Ibe
-
Liverpool boss Brendan Rodgers is eager to see the development of starlet
Jordon Ibe, who set up the Reds only goal in last Wednesday night's
friendly.
K...
10 years ago
No comments:
Post a Comment