"Qad".....apakah itu "qad"? Cuba lihat pipi sebelah kiri seorang askar di dalam gambar di bawah ini, pipinya baru separuh penuh. Masih diawal "stimulation state" lagi. Apabila sudah berjam-jam lamanya, maka kedua-dua pipinya akan penuh dengan daun "qad" ini.
Biasanya mereka akan mengunyah sehigga 500grams dalam sesuatu masa tiap-tiap petang yang mana nilai "qad" ini bergantung pada kualitinya iaitu Yemeni Riyal (YR)800.00/500grams sehinggalah YR5125.00/500grams bersamaan dengan (USD3.90/500grams-USD25/500grams). Bagi mereka(Yemeni) biar lah tidak makan nasi asalkan boleh makan daun "Qad" begitulah lebih kurang yang berlaku di sini.
"QAD"....kalau kat Malaysia(Pantai Timur) mungkin daun tumbuhan inilah yang digelar daun "ketum" kot. Saya pun kurang pasti. Mereka(Yemeni) akan mengunyah dan menyimpan daun "qad" ni sehinggalah mulut mereka tidak tertampung lagi kuantitinya. Daun ini akan dilumatkan dalam mulut dan hanya airnya akan ditelan dan sisanya akan dibuang kemudian selepas berjam-jam lamanya. Mereka akan kemam daun "qad" ini sehingga berjam-jam lamanya (sebagai contoh dari lepas solat tengah hari sehinggalah lewat pagi keesokkan harinya) kononnya untuk memberi khayalan, boleh berjaga sepanjang malam, boleh menguatkan tenaga batin dan sebagainya. Pelik tapi benar ya.
some people says...it makes you feel a devil of a dog as long as the feeling lasts!
The leaves of this trees are chewed as a stimulant, producing a feeling of euphoria followed by depression...more details..(
www.jstor.org/pss/162857 ).........."elixir of life"..........
.........."flower of paradise"..........